Rabu, Oktober 07, 2009

Semakin Banyak Ilmu, Semakin Bodoh Seseorang itu?

Aku masih ingat lagi, pada hari raya yang kelapan. Ketika itu aku bersama-sama dengan ayahku pergi beraya ke rumah kawan ayah aku. Aku memang gemar datang ke rumahnya kerana aku akan senantiasa mendapat input-input baru. Walaupun cara pak cik itu menyampaikan sesuatu itu dengan cara kasar atau dengan maksud lainnya secara berterus-terang tetapi aku suka.


Pada hari itu, pak cik itu telah menegur aku...


"Sesuatu ilmu yang kita perolehi adalah datang daripada-NYA. Kalau DIA ingin menjadikan kita bodoh, bodohlah kita. Kalau DIA ingin jadikan kita pandai, pandailah kita. DIA boleh mengambil ilmu yang diberi oleh-NYA dalam sekelip mata sahaja. Jadi, janganlah sombong dengan ilmu yang kita ada kerana semakin banyak ilmu seseorang itu, semakin tinggi juga kebodohan yang seseorang itu miliki." Lebih kurang begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut pak cik itu.


Aku masih lagi memikirkan, apakah maksud akan kata-kata pak cik itu "semakin banyak ilmu seseorang itu, semakin tinggi juga kebodohan yang seseorang itu miliki." Walaupun aku masih memikirkan maksud yang cuba pak cik itu sampaikan tetapi ada sesuatu yang aku terfikirkan.

Bagaimana kalau ada seseorang yang ingin meminta bantuan dan tunjuk ajar dariku, sedangkan orang yang ingin meminta bantuanku itu seorang yang nak dikatakan malas, tidak juga. Tetapi orang itu jenis malas nak baca buku dan bila dikelas jenis tak nak menumpukan perhatian. Padanya belajar tidaklah penting sangat yang penting apa yang kita lakukan. Bukan itu sahaja, orang ini jenis tidak berapa mahu dengar cakap. Padanya, dia sahaja yang betul. Adakah harus aku memberi bantuan dan tunjuk ajar kepadanya?


Tolak cerita mengenai orang yang di atas. Ada sesetengah orang yang pandai bercakap dan berdebat sementara ada sesetengahnya yang tak pandai nak bercakap dan berdebat. Adakah yang pandai bercakap dan berdebat itu tinggi ilmunya? Sementara yang tak pandai bercakap dan berdebat itu bodoh orangnya? Siapa pula di anatara kedua-duanya yang hanya mendengar orang cakap itu dan ini lalu dia pun percaya dengan kata-kata orang itu?

5 ulasan:

Afiq Zulhilmi berkata...

jawapan soalan yang merunsingkan otak kau tu ada kat blog aku. itupun kalau kau dapat paham apa yang aku nak sampaikan ya abang TERBIJAKE! Baca doa banyak-banyak sebelum masuk. Takut datang balik penyakit tu.

www.soaldunia.blogspot.com

*Siapa makan cili,dialah rasa cili

zabad berkata...

hahaha...
Aku dah baca blog kau...
Masalahnya, apa yang kau tafsirkan tak sama dengan maksud pak cik tu...
Ada seseorang yang dah tahu...
Kali kau salah tafsir...

Afiq Zulhilmi berkata...

eh,bila aku kata aku tafsir kata2 pakcik tu?
mmg r bila blaja tinggi2 boleh jd gila dan lupa diri sehinggakan rasa diri sendiri je btl.tp aku xtafsir benda tu. aku cuma tafsir benda2 yang berada di bwh tu.
buat apa aku tafsir kata2 pakcik tu sedangkan aku dah dengar masa sekolah agama dl.
ceh

zabad berkata...

ooo...
ye ke...
aku minta maaf...
salah tafsir la ni...
tapi yang kat bawa tu cuma...
tak pe la...
malas aku nak bercakap kat dalam blog ni...
cakap kat luar nanti...

Anak Raja berkata...

zaman skrg macamtu la...
banyak orang pandai...tapi pandai menipu..
jejak kaki je kat puduraya...trus jumpa orang bijak...betul tak? tapi itu bijak di situ...bijak ni banyak cabangnya....

Catat Ulasan