Khamis, Oktober 01, 2009

Gara-gara SMS

KUALA LUMPUR, 1 OKT - Sepasang suami isteri hampir bercerai gara-gara khidmat pesanan ringkas (SMS). Mariam binti Sukiman, 40 tahun telah meminta cerai daripada suaminya Rusli bin Subuh.

Menurut Rusli, 40 tahun, isterinya meminta cerai hanya kerana satu SMS sahaja. Rusli telah membalas SMS yang dihantar oleh isterinya dengan maksud gurauan tetapi isterinya mentafsirkan bahawa dia marah kepadanya. Kerana salah tafsiran itu, isterinya telah meminta cerai darinya.

Namun menurut Mariam pula, dia meminta cerai bukan sahaja mengenai SMS itu sahaja malah dia terasa hati apabila suaminya memarahinya apabila dia mengajak suaminya menemaninya untuk berjumpa dengan seorang pakar perubatan.

"Saya memarahinya bukanlah bermaksud saya tidak mahu menemaninya berjumpa dengan pakar perubatan tetapi saya mahu dia berdikari. Kalau sentiasa sahaja saya pergi menemaninya, sampai ke tualah dia takkan pandai-pandai. Saya ni kadang-kadang sibuk. Jadi, apa salahnya sesekali itu, dia pergi sendiri." kata Rusli kepada wartawan Fajar mengenai kata-kata isterinya itu.

Apa sekalipun, perceraian antara Rusli dan Mariam tidak berlaku kerana ada kawan-kawan yang membantu dalam menangani masalah mereka. - Fajar

3 ulasan:

Afiq Zulhilmi berkata...

hahahaha
teknik penulisan ko makin hebat lah yus.
keadaan sekeliling yang membantu ko.
hebat memang hebat.
tp xsangka mereka berdua tu suami isteri.
kasihan puteri itu.
dimadukan mereka berdua.

zabad berkata...

Hahaha...
Hebat juga hang menganjing yek...

Afiq Zulhilmi berkata...

aku pun tak sedar yang aku tengah menganjingga.jangan risaulah, lelaki boleh kahwin empat.
hahaha

Catat Ulasan