Isnin, Oktober 05, 2009

Hai... Nyamuk... Nyamuk...

Sehingga sekarang aku masih memikirkan mengenai dia. Ya, dia yang suka membuat bising apabila tiba waktunya kita melelapkan mata. Kenapa aku memikirkannya? Pasti kamu semua tertanya-tanya.

Bukan maksud aku untuk menghina dia tetapi aku yakin, kamu semua juga pasti tidak suka dengan kehadirannya. Bagaimana harus kita menyukainya, sedangkan darah kita dihisapnya. Bila tiba waktu malam, ketika itulah dia akan membuat bising tetapi tidak semestinya waktu malam. Bila kita di hutan, bila-bila masa sahaja dia akan membuat bising dan menghisap darah kita, tidak kira siang atau malam.

Aku bercerita mengenai dia bukannya apa. Aku kesian melihat kaum-kaum ibu yang bersusah-payah menjaga anak-anak mereka apabila tiba waktu malam. Kaum-kaum ibu pasti akan menjaga anak-anak mereka daripada gangguan dia. Kaum-kaum ibu juga tidak berapa suka dengan tindakan dia yang suka membuat bising di samping menghisap darah anak-anak mereka. Kaum-kaum ibu hanya menunggu masa untuk membunuh dia apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya.

Bukannya apa-apa sangat sebenarnya dia itu kepada kita semua. Tetapi bayangkanlah berapa banyak darah yang telah dihisapnya dari badan kita? Dan berapa banyak pula daripada kita semua ini dibunuhnya hanya kerana gigitannya. Paling ditakuti apabila dia menyebarkan demam denggi.

Memang tidak dinafikan, dia sebenarnya hebat. Dia boleh hidup di mana-mana sahaja dia berada. Cakap sahaja di mana, pasti dia boleh hidup dan yang pasti, kita semua juga yang bagi peluang dekat dia untuk terus hidup.

Aku sebenarnya sudah tidak tahu apa lagi yang harus aku buat. Pelbagai racun digunakan, pasti dia masih hidup dan bunyi bising dia pasti akan mengganggu aku dan juga kamu semua. Apa yang pasti sekarang jangan biarkan dia menghisap darah kita dengan sewenang-wenangnya.

YA! NYAMUK MUSUH NEGARA...

Wahai nyamuk
kerana bunyi bisingmu
aku tidak bisa tidur

Wahai nyamuk
betapa bodohnya aku
membiarkan kau menghisap darahku

Wahai nyamuk
tidakkah kau kasihan
melihat ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka
sanggup kau membuat bising dan menghisap darah
anak-anak mereka

Wahai nyamuk
betapa hebatnya kau
menyelamatkan diri
namun, kau tetap nyamuk
hidupmu tidak panjang

2 ulasan:

Afiq Zulhilmi berkata...

Yus, kenapa kau makan ayam?kasihan kaum kerabatnya kerana kehilangan saudara mahupun keluarga.

*Lawak jugak apa yang kau nak sampaikan ni. tapi nak buat mcm ne, semua ciptaan tuhan ada kebaikan dan keburukan. tapi, pernah ke kau fikir, kenapa kau dicipta dan dilahirkan ke dunia?

zabad berkata...

Kau macam tak kenal aku je...
aku selalu memikirkannya...
kenapa aku dilahirkan dan dicipta...
cuma jawapannya...
aku masih dalam pemerhatian...

Catat Ulasan