Isnin, November 02, 2009

Bila Mulut Berbicara

Rasanya sudah terlalu banyak mulut ini berbicara di luar. Sehingga sekarang aku masih memikirkan, haruskah aku berhenti daripada berbicara. Ini kerana dapat kurasakan bicaraku sering menyakiti hati mereka. Tetapi mereka juga sering menyakiti hatiku. Cuma aku tidak pernah menunjukan perasaanku itu kepada sesiapa. Tapi kini, sudah tiba untuk aku tidak lagi berbicara seperti dahulu. Kepada mereka, aku harapkan segala bicaraku yang menyakitkan hati, harap dimaafkan. Cuma satu sahaja yang ingin kupesan, kalau nak marah, fikirlah dahulu diri sendiri. Adakah kita pernah buat orang marah dengan bicara kita?

6 ulasan:

Afiq Zulhilmi berkata...

baru rock beb!
kalau nak touching2 ni, duduk hutan sajalah.
lagipun, bukan kau ke yang cakap, bercakap ikut situasi semasa. sekarang, apa jadi?
lalalala

zabad berkata...

entah...
aku dah malas...
kita cakap maksudnya lain tapi orang mentafsirkan lain...
susah la fiq...
naik malas aku...
aku ingatkan diaorang boleh faham...

* tolong faham betul-betul...

Afiq Zulhilmi berkata...

xpyh nk letak tanda (*).
sory lah, aku bukang pengkaji sastera
sampai nak kaji subteks ni. wawawa
kan bagus kalau bercakap cara orang bodoh macam aku selalu cakap. orang akan paham, tapi dorang takkan paham yang aku kutuk dorang. =p

Nur Fatiha Fadila berkata...

Zabad,
Berbicaralah dengan ikhlas dan jujur. Sama ada bicara itu diterima, dimarahi atau tidak disenangi, itu bukan urusan anda. Itu persoalan mereka yang menerima. Jika jujur pandangan dan penerimaan mereka, soal tidak puas hati, marah dan tidak senang tidak akan muncul.

Berbicaralah dengan jujur dan ikhlas walapun tampak sukar dan pahit untuk diterima.

MARSLI N.O berkata...

Sdr. Saya syorkan: Tutup mulut dan bicara hanya melalaui karya. Boleh?

zabad berkata...

Wardah Munirah,
Terima kasih...

Marsli N.O,
Boleh...

Catat Ulasan