Sabtu, September 05, 2009

Kuih Talam Dengan Akademi Kuih Tradisional

Kuih Siput yang merupakan mentor kepada Kuih Talam telah masuk ke kuliah Kuih Sampan. Pada pagi itu, Kuih Sampan tidak dapat mengajar lalu memberikan tugas mengajar murid-muridnya kepada Kuih Siput. Kuih Siput dengan muka yang ceria masuk ke kelas itu. Tanpa di duga Kuih Talam juga ada di dalam kuliah itu.

Semua murid hanya mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Kuih Siput. Sehingga pada satu tahap, Kuih Siput bertanya kepada murid-murid tersebut (termasuk Kuih Talam) apakah kerja yang telah mereka lakukan untuk menaikan nama mereka di peringkat antarabangsa. Semuanya tidak berkata apa-apa kecuali Kuih Talam yang bangga dengan kerja-kerja yang telah dilakukannya selama ini. Pada hal apa yang dilakukannya tidaklah menampakan sangat namanya di persada antarabangasa.

Kuih Siput lalu menegur murid-murid yang senyap itu.

"Apa guna kalau kamu semua belajar di sini tapi tidak menonjolkan diri kamu di peringkat antarbangsa. Kamu harus menaikan bangsa kuih kamu di persada yang lebih tinggi"

Murid-,urid yang lain hanya mendiamkan diri sahaja. Dalam hati masing-masing tidak bersetuju dengan kata-kata Kuih Siput. Sementara itu, Kuih Talam mula menegur kuih-kuih lain agar menjadi sepertinya.

"Kita harus tamak... tak usah ikut pepatah lama... orang tamak selalu rugi. Pepatah itu sudah tidak boleh pakai lagi. Kita sekarang harus tamak mengejar cita-cita".

Murid-murid lain hanya menggangguk sahaja. Dalam kepala masing-masing hanya berfikir,

"Hipokrit..."

3 ulasan:

Afiq Zulhilmi berkata...

bodohnya kuih siput...
dah tentulah semua murid tu baru belajar.
thats y dorang xdpt capai tahap tu lg...
xkn nk bandingkan pelajar dgn pensyarah.
ni mesti pensyarah baru ni.
tp,yg pling gempak,blaja tggi2,jd GLER ISIM...

Nur Fatiha Fadila berkata...

Heheh, dah dapat tangkap dah.
lain padang lain belalang.

zabad berkata...

Wardah Munirah...
Memang betul... lain padang lainlah belalangnya...
Cuma menceritakan konflik yang berlaku di Akademi Kuih Tradisional.

Catat Ulasan