Ahad, Mac 15, 2009

Kerinduan Matahari

Matahari semakin merindui Bulan. Matahari sering bertanya pada dirinya, "bolehkan aku merinduinya? Siapalah aku untuk merinduinya. Aku hanya tahu membahangi manusia sedangkan dia sering menjadi pujaan manusia".

Kerinduan Matahari terhadap Bulan semakin terasa semenjak beberapa minggu yang lalu. Dia tidak tahu mengapa kerinduan itu semakin menyiksa dirinya, namun apa yang pasti, kerinduan itu menyebabkan jiwanya menjadi kosong. Kekosongan jiwanya itu menyebabkan dia tidak mampu untuk melakukan kerja-kerjanya dengan sempurna. Badannya tidak membahangi manusia seperti dulu di mana sering sahaja hujan mengalahkannya dan itulah yang diingini oleh kebanyakkan manusia-manusia di Bumi.

"Oh, Bulan! Mengapa dikau tidak membalas kerinduan ini? Cukuplah hanya sekadar pesanan yang menjadi pengubat rindu di hatiku".

Begitulah hari-hari yang di nantikan oleh Matahari, menunggu pesanan daripada Bulan dan seperti hari-hari yang berlalu, tiada pesanan yang dihantar oleh Bulan dan rakan-rakannya seperti Bintang, Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto sering kali mempersendakannya. Yang paling dibenci Matahari ialah Asteroid di mana segala gurauan Asteroid betul-betul menyakiti hatinya.

Matahari hanya tahu menanti dan terus menanti kerana di hatinya tahu bahawa Bulan pasti bertemu dengannya...

11 ulasan:

Fox berkata...

menanti mida kah? :D kantoiii

zabad berkata...

tak tau... aku ada letak nama aku ke???

Afiq Zulhilmi berkata...

matahari itu menyinari alam,
bukan menyinari angau.
jika anda tafsirkan diri anda
sebagai matahari,
anda seorang yang bangga diri
tetapi anda sebenarnya
tak ada apa-apa pun.

zabad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Afiq Zulhilmi berkata...

maaf,ada banyak soalan.
1, sedara ke saudara?
2, adakah anda sudah baca habis?
3, adakah anda bercakap dengan ilmu atau emosi?
4, anda sebenarnya merasakan diri anda bagus, bukan? sedangkan saya cakap, berkaitan dengan kerinduan matahari. tiada kaitan dengan diri anda di luar sana. jadi, jangan merasakan diri anda itu bagus sehingga cakap saya suka nak menilai anda kerana anda sebenarnya tak ada apa-apa.
5, matahari itu lelaki, bulan itu perempuan. baiklah, planet-planet lain itu siapa? mak nyah? tomboi?
6, jangan marah ha... =)

zabad berkata...

entah...
hamba pun tak tahu...
sebab hamba main buat je kot...
sedara nak guna bahasa melayu betol ke?
sedara tu melayu ke?
maaf la... hamba ni baru turun dari bulan...
kalau ada salah cakap dan salah bahasa minta maaf la...

Afiq Zulhilmi berkata...

saya baru turun dari planet nameck.
jadi,bila masuk ke alam dunia melayu,
sy sensitif para sasterawan dunia
salah guna ejaan.
;p

zabad berkata...

masalahnya...
saterawan sendiri pun menggunakan bahasa yang tak betul sangat bila beri komen kat dalam blog...
Jadi... terima kasihlah kerana menasihati hamba...
Lepas ni hamba akan menggunakan bahasa yang betul walaupun dalam beri komen dalam blog...
Habis tu... macam mana bila kita message menggunalan telefon bimbit? Sasterawan pun kebanyakannya gunakan bahasa yang tak betul dan dicampur-adukkan dengan bahasa lain...

Afiq Zulhilmi berkata...

jadi,anda nak kata yang anda ni
sasterawan?
message tu perkataan bahasa inggeris.
bukankah sasterawan semuanya memperjuangkan
bahasa melayu. soalannya,anda tahu sendirilah.
;)

zabad berkata...

ya la...
hang menang la...
aku dah malas nak layan la...
kan senang ko message aku je...
jumpa nanti...
aku malas nak bertekak kat dalam ni...
aku tengah kusut kepala ni...
ko nak ganggu aku la pula...
memang kena kacau la kau nanti...

zabad berkata...

soal dunia! aku minta maaf...
emosi kat dalam ni...
memang betul kata-kata kau...
apa yang kau cakap tu memang betul la...
aku terlalu emosi pula kat dalam ni...
hahaha...

Catat Ulasan