Ahad, Februari 21, 2010

Oh! Malaysiaku

Malaysia...

Tergelak hatiku apabila memikirkan peristiwa hari ini. Mana tidaknya, Malaysia sebuah negara yang semakin meningkat tetapi masih lagi tidak diketahui oleh masyarakat dunia. Malaysia ada Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur dan Litar Sepang yang semuanya bertaraf dunia (kononnya) tetapi masih lagi orang luar tidak mengetahui di mana letaknya negara ini.

Bukannya aku ingin mempersoalkan kemajuan negara ini tetapi amat sedih apabila ada rakan-rakan daripada luar negara yang tidak mengetahui di mana duduknya negara Malaysia dalam peta dunia.

Seorang rakan yang baru aku kenali yang menetap di Sweden bertanya kepadaku di mana letaknya Malaysia dalam peta dunia. Aku pun membalas pertanyaannya itu dengan menyatakan bahawa Malaysia terletak dalam benua Asia. Mendengar penjelasanku, dia sedikit terkejut kerana amat jauh daripada negaranya. Aku hanya tersenyum. Begitu juga dengan seorang rakan baru dari Maghribi yang tidak mengetahui di mana negara ini berada.

Tetapi yang menariknya, Singapura sebuah negara yang kecil, jiran kepada Malaysia, mereka ketahuinya. Malaysia yang lebih besar dan berjiran dengan Singapura, tidak mereka ketahui. Adakah Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Singapura daripada pelbagai segi? Atau hanya kita yang terasa Malaysia sudah dikenali di merata dunia?

3 ulasan:

Afiq Zulhilmi berkata...

Cuma kau tanya dia, negara mana yang paling banyak budak yang cerita lebat? nanti beritahu aku ya...

* harap2lah kau dapat terjemahkan ke dalam bahasa inggeris.

zabad berkata...

dia dah bagi jawapannya...
tapi dia tanya aku balk...
"kamu ni betul ke tak?"...

Epool Razak berkata...

memang malaysia jauh ketinggalan lagi dr s'pura dr segi
-pengangkutan awam
-kebersihan
-sivik
-sistem jalan

blablabla..byk lg la
orang luar lg kenal indonesia dan thailand

Catat Ulasan