Selasa, Disember 01, 2009

Surat Kepada Kakak

Kakak,

Maafkan adikmu ini jika mengguris hatimu dengan jawapanku yang sebegitu. Bukan maksudku begitu.

Aku tahu harapanmu yang menggunung apabila menatap surat jawapanku. Namun apakan dayaku. Adikmu ini, manusia biasa bukannya malaikat. Ada masa sihat dan ada masanya sakit. Jawapan suratku itu, aku tulis ketika dalam kondisi badanku yang tidak keruan. Entah mengapa otakku tidak berfungsi sangat ketika itu. Tetapi seperti ku katakan, aku manusia biasa. Walaupun aku cuba melawan kondisi badanku, namun, aku tidak berjaya. Mungkin aku berjaya untuk melawan kondisi badanku di depan kawan-kawanku, namun, ketika hendak menulis surat jawapan itu, aku tidak mampu untuk melawannya.

Kakak,

Aku tidak pernah menyesal dengan surat jawapanku itu. Biarlah surat jawapan itu menjadi kenangan. Aku tahu memang salahku kerana menulis surat jawapan itu dalam minit-minit terakhir sebelum aku poskan kepadamu. Aku pasrah dengan semua itu tetapi yang menjadi permasalahannya, kenapa jawapan itu diperbetulkan oleh anak-anakmu?

Aku sebagai adik, tidak menyenangi akan hal itu. Biarlah jawapan suratku itu salah. Namun aku tidak bersetuju dengan anak-anakmu yang membetulkan surat jawapan itu. Patutkah kau membiarkan mereka membetulkan surat jawapanku itu? Aku tahu, sebagai seorang kakak kau kasihan melihat adikmu ini tetapi adalah lebih baik kalau tidak menjerumuskan adikmu ini ke satu lembah yang tidak berpenghuni, kosong, ya... kosong dengan kebodohan adikmu ini.

Kakak,

Aku tahu kau membiarkan anak-anakmu itu membetulkan jawapan surat itu ada sebabnya. Tetapi adakah harus membiarkannya berlaku? Sebagai adik, tidak sepatutnya aku mempersoalkan benda ini, namun aku cuma menyatakan pendapatku.

Kakak... maafkan adikmu ini jika aku mempersoalkan tindakkan anak-anakmu itu. Maafkan juga adikmu ini jika mempersoalkan ketidaktegasanmu terhadap anak-anakmu. Kakak, sebagai seorang adik, aku ingin memohon maaf mengenai tulisan surat ini.

Kakak,

Maafkan adikmu ini. Janganlah kerana surat ini, kakak bermasam muka denganku. Kalau ada keinginan kakak menyuarakan pendapat kakak, silakan, saya sedia mendengarnya. Di akhir tulisan ini, lagi sekali saya ingin menyusun sepuluh jari, tolong maafkan adikmu ini jika surat ini benar-benar membuat hati kakak terluka. Tiada maksudku untuk melukakan hati kakak. Cuma ingin menyampaikan maksud hati yang tersimpan.

Ucapan maaf lagi sekali kepada kakakku yang senantiasa membantu ketika adikmu ini dalam kesusahan.


Yang benar,

adikmu yang resah

3 ulasan:

Nur Fatiha Fadila berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Fatiha Fadila berkata...

Zabad, sebagai adik tidak salah kita menegur kakanda yang lebih berusia. Cuma, gunakan langkagh paling bijak dan berhemah. Contohi sahaja peri Nabi Sulaiman yang pernah membetulkan kekhilafan ayahnya.

Afiq Zulhilmi berkata...

hahahaha.
dah jadi 1 isu.
ptut la budak2 ni suro bukak blog ko.
baca dan fahami.
dgn kata lain, anda juga terlibat
kerana anda tidak berani menyuarakan pada ketika itu dan anda juga membantu aku.
tp, apa kes waktu itu ya?
biarlah rahsia... jeng jeng jeng
biar pecah muka, jangan pecah di mulut.

Catat Ulasan