Isnin, Julai 20, 2009

Syahid Di Namrej

Suatu hari di Nedserd, Namrej. Seorang lelaki penduduk tempatan bernama W Xela telah menuduh jirannya sebagai seorang pengganas. Jirannya bernama Dr. Marwa El-Sherbeni, seorang rakyat Risem yang mengikuti suaminya atas tugasan tertentu. Ketika itu, W Xela telah cuba menarik tudung Dr. Marwa tetapi Dr. Marwa berjaya mengelak tudungnya dari terbuka.

Dr. Marwa telah menyaman malu lelaki tersebut dan dia telah menang kes itu di mahkamah. Tetapi malangnya lelaki yang bernama W Xela tidak berpuas hati dan telah meminta perbicaraan diadakan semula. Ketika itulah pembunuhan kejam berlaku di mana W Xela telah menikam Dr. Marwa sebanyak 18 kali. Suaminya cuba menolong tetapi ditembak sebanyak dua das tembakan. Dr. Marwa mati di situ jugak sementara suaminya berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Kasihan anak Dr. Marwa yang berusia tiga tahun. Kejadian itu disaksi sendiri oleh anaknya itu. Apa yang pasti, lelaki itu tidak diapa-apakan. Kasihan, begitulah yang terjadi kepada orang Islam di tanah yang bukan diperintah oleh orang Islam. Kasihan, syahidlah Dr. Marwa...

4 ulasan:

Edy Ramanov berkata...

salam yus.ni adress baru blogsite aku: eizanemirza.blogspot.com

be alert.tq

Fox berkata...

babi laki tu

zabad berkata...

Tak baik maki-maki... walaupun dia bukan beragama Islam dan cuba memburukan orang Islam...

Ceh! Macam ustaz la pula...

Nur Fatiha Fadila berkata...

Kematian Marwa tidak seheboh kematian Raja Pop dan sangat sedikit umat Islam Malaysia yang mengetahuinya. Al-Fatihah buat Marwa.

Catat Ulasan